Tuesday, August 12, 2008

SYABAS BUAT SEKOLAH LIMA BINTANG

Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru SPBT yang telah berjaya mencapai BOSS LIMA BINTANG di Perlis pada tahun lepas dan tahun ini. Kegigihan anda cukup membanggakan. Anda memang boleh melakukan yang terbaik.

Saya berharap lebih banyak sekolah akan muncul sebagai BOSS lima bintang dan akan mempertahankan status ini selama-lamanya. Teruskan kejayaan dan rasalah kepuasan yang sebenarnya.....

KEJAYAAN ADALAH MILIK KITA SEMUA.

Friday, August 8, 2008

PELUPUSAN BUKU TEKS SPBT

OH YA.... PELUPUSAN BUKU TEKS BOLEH DILAKUKAN SEKARANG.

1. SILA GUNAKAN BORANG KEW.PA 17 - ( 6 SALINAN ).
2. SEMUA TANDA TANGAN HIDUP .
3. HANTAR KEPADA CIKGU BAKAR - UNIT HEM
4. KONTRAKTOR PELUPUSAN KINI - HSF LAYAR ENTERPRISE

PENJAGAAN BUKU TEKS TERBAIK

Buku teks telah diberikan kepada semua pelajar tetapi ada yang tidak menjaga dengan baik.Namun begitu saya dapati ada 2 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah yang menjaga dengan baik. Tahniah dan syabas.....
Sekolah yang menjaga buku teks dengan baik :
1. SMK Agama (P) Kangar
2. SMK Tengku Suleiman
3. SK Tengku Budriah Arau
4. SK Changkat Jawi
........tahniah daripada cikgu Bakar
........tahniah daripada JPN

HIDUPKAN KELAB SPBT

Kelab SPBT perlu dihidupkan supaya kempen membaca dapat berjalan :
1. Ahli kelab lebih rapat dengan guru SPBT. Mereka boleh membantu guru.
2. Kerjasama lebih mudah dilakukan terutama gotong-royong.
3. Taman-taman dan sudut bacaan dapat dikelola dengan baik
4. Motivasi dapat diteruskan dan kejayaan dalam peperiksaan boleh dilihat.
5. Keberkatan bekerja menjadi cikgu SPBT lebih mulia.

Wednesday, August 6, 2008

KURSUS SPBT DI IPOH

HAI...KURSUS SPBT TAHUN INI TELAH BERJAYA DILAKUKAN DI HOTEL HERITAGE IPOH PADA BULAN APRIL 2008 YANG LALU. EMMM, NASIB BAIK DAPAT PI KE SANA SEBELUM ARAHAN KELUAR NEGERI DIBATALKAN. KALAU LEWAT SIKIT MEMANG GAGAL.
BARANGKALI ITULAH SATU ANUGERAH BUAT CIKGU SPBT NEGERI PERLIS YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMENUHI KEPERLUAN SEMASA. SYABAS BUAT CIKGU SPBT YANG KREATIF DARI MASA KE SEMASA.
TAHUN DEPAN, KALAU TAK BOLEH KELUAR.... TAK RISAU KAN ? JANJI ......KITA BEKERJA DENGAN TANGGUNGJAWAB YANG IKHLAS.
SAYA DOAKAN KESEJAHTERAAN ANDA SEMUA...........
JUMPA LAGI...............
POHOH PANDAN TEPI RUMAH
MASAK KARI TAMBAH GULA
HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUGA

eMATEKS SPBT

Hai , cikgu-cikgu SPBT sekalian...... untuk melengkapkan program eMATEKS , sila guna internet dan layari laman web BBT = http://www.moe.gov.my/bbt/ untuk mendapat panduan manual penggunaan eMATEKS.

Data pesanan dan penerimaan buku teks boleh dilakukan mulai 15 Julai 2008 hinggga Oktober nanti dalam eMATEKS ( http://emateks.greensilicon.com/) Username dan Password ialah nombor kod sekolah masing-masing.

Terima kasih, ikhlas daripada cikgu Bakar........ jumpa lagi.

Tuesday, August 5, 2008

BUKU STOK SPBT TERBAIK

NAMPAK GAYA SEKOLAH KEBANGSAAN JEJAWI MUNCUL SEBAGAI PENERAJU UTAMA DALAM PENGURUSAN BUKU STOK SPBT. CATATAN YANG KEMAS DAN KEMASKINI , ITULAH SENJATA YANG HEBAT SEKALI. TAHNIAH BUAT CIKGU SPBT SK JEJAWI...

SK PAYA ADA KEBUN ANGGUR

Wah, SK Paya ada pokok anggur. Buah bergayut-gayut. Masa cikgu Bakar pi , depa dok balut buah yang banyak tu, tapi kecil lagi. Jadi, kebun SPBT boleh dijalankan dengan perkongsian kawan-kawan. Bukan susah sangat. Teruskan lagi kreatitiviti anda......


Banyak sekolah dah berubah . Syabas..... ada yang buat taman herba SPBT, taman kaktus SPBT, taman orkid SPBT , dan lain-lain. Ahli Kelab SPBT menjaga sudut-sudut taman tersebut disamping sudut bacaan untuk kempen membaca sepanjang masa.

BUKU TEKS 2011

1. BUKU TEKS UNTUK 2012 TELAH DIPESAN DAN AKAN DIBEKALKAN ANTARA JULAI - AKHIR TAHUN INI .



2. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA GURU SPBT YANG TELAH MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK TAHUN 2011.



3. BEBERAPA SEKOLAH TELAH MENDAPAT STATUS BOSS LIMA BINTANG TAHUN INI. TERUSKAN OPERASI MENCERIAKAN BOSS.




4. URUSKAN PROGRAM SISTEKSBBT SUPAYA LEBIH MUDAH....



4. PASTIKAN KITA BERTUGAS DEMI NEGARA...

SELAMAT SEJAHTERA.